Instrumen Standard Penilaian Pembudayaan KBAT dalam PdP (Guru & Murid)
Isi borang pencerapan secara dalam talian dan hantar kepada pentadbir.
Instrumen Standard Penilaian Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (Guru & Murid)
2026 | Kementerian Pendidikan
TUJUAN:
Instrumen ini digunakan untuk menilai tahap pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara menyeluruh berdasarkan pemerhatian terhadap perancangan, pelaksanaan, pentaksiran dan refleksi guru serta penglibatan dan pencapaian murid semasa PdP.
OBJEKTIF
- Menilai perancangan, pelaksanaan, pentaksiran dan refleksi PdP yang menerapkan elemen KBAT oleh guru.
- Mencerap tahap penglibatan dan pembudayaan KBAT dalam aktiviti pembelajaran murid semasa PdP.
- Menilai keberkesanan pelaksanaan KBAT berdasarkan evidens amalan guru, hasil kerja murid dan impak pembelajaran yang ditunjukkan oleh murid.
ASPEK YANG DICERAP
- Perancangan PdP (Perancangan dan persediaan guru bagi pelaksanaan PdP bercirikan KBAT)
- Pelaksanaan PdP (Pelaksanaan PdP oleh guru serta penglibatan aktif murid dalam pembelajaran)
- Pentaksiran dan Refleksi (Pentaksiran pembelajaran, hasil kerja murid, refleksi guru dan tindakan susulan)
TAHAP PENCAPAIAN PEMBUDAYAAN KBAT
Tanda aras pencapaian standard pembudayaan KBAT dalam PdP adalah berdasarkan peratus pencapaian jumlah skor item dalam instrumen ini seperti berikut:
Log Masuk Pentadbir
Panel Pentadbir – Keputusan Pencerapan
Belum ada borang dihantar.